Bagi memastikan pengalaman permohonan yang sempurna, laman web SPRN memerlukan Javascript diaktifkan di dalam pelayan web anda. Untuk mengetahui "Bagaimana cara untuk aktifkanJavascript?", sila klik sini. Terima Kasih.
SPRN

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) tetapi tidak dinyatakan dalam soalan lazim di bawah, sila utarakan persoalan tersebut pada bahagian Hubungi Kami dengan klik disini.


SOALAN LAZIM

Umum

Apa itu Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)?
  • Sistem Pengurusan Perumahan Negara sebagai platform kepada rakyat untuk memohon skim/program perumahan yang ditawarkan seperti MyDeposit, MyHome, Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Transit 1Malaysia dan SPP.
Siapa yang patut dihubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai SPRN?

Pertanyaan Skim MyDeposit

Pertanyaan Skim MyHome

Pertanyaan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Pertanyaan RT1M

Pertanyaan Masalah Aplikasi

 

Kenapa SPRN diwujudkan?
  • Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan gerbang “one-stop-center” permohonan perumahan skim/program di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Akaun Pengguna

Bagaimanakah cara mendaftar di SPRN?
  • Klik Daftar Akaun
  • Lengkapkan maklumat pendaftaran:
    • Nama pemohon
    • No. Kad Pengenalan pemohon
    • Alamat emel pemohon yang aktif
Bagaimana cara penetapan semula kata laluan?
  • Klik Log Masuk
  • Klik tab Lupa Katalaluan/ Permohonan Katalaluan Baru
  • Isi No. Kad Pengenalan
  • Isi Captcha
  • Klik butang E-mel kata laluan baru
  • Arahan selanjutnya akan dihantar melalui emel

Profil Pengguna

Bagaimanakah cara mengisi Profil Pengguna?
  • Log Masuk
  • Klik Profil Saya
  • Klik pautan Klik Sini
  • Lengkapkan Profil Pengguna
Mengapakah status profil masih tidak lengkap?

Pastikan maklumat profil LENGKAP dan klik butang Hantar.

  • DOKUMEN WAJIB PERMOHONAN
    • Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam SPRN (format: .pdf):
      • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
      • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
      • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
      • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian
      • Akuan Bersumpah pengesahan bujang
      • Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
      • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
      • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
      • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
      • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
      • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini
Templat Dokumen Sokongan (cth: Surat Akuan Sumpah)
  • Templat dokumen sokongan  boleh diperolehi di Profil Pengguna

Permohonan

Bagaimanakah cara untuk semak status permohonan?
  • Log Masuk
  • Klik STATUS PERMOHONAN
  • Paparan status permohonan akan terpapar
Bagaimana cara mengisi Permohonan Skim/Program Perumahan?
  • Skim MyHome, Program Perumahan Rakyat (PPR) & Rumah Transit 1Malaysia
    • Log Masuk
    • Pastikan Status Profil telah Lengkap
    • Klik SENARAI PROJEK
    • Pilih Skim/Program yang dikehendaki
      •  Mengikut Kelayakan
    • Klik INFO untuk maklumat lanjut Skim/Program, atau;
    • Klik MOHON untuk permohonan Skim/Program
    • Lengkapkan borang permohonan perumahan dan klik butang Hantar                                          
  • Skim MyDeposit
    • Log Masuk
    • Pastikan Status Profil telah Lengkap
    • Klik LAMAN UTAMA
    • Pilih Skim/Program yang dikehendaki
      •  Mengikut Kelayakan
    • Kemudian, skrol ke bawah dan klik MOHON untuk permohonan Skim/Program
    • Lengkapkan borang permohonan perumahan dan klik butang Hantar
Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Kod Pemaju?
  • Pemohon perlu dapatkan Kod Pemaju daripada pemaju perumahan yang berlesen, atau;
  • Dapatkan Nombor Syarikat (SSM) pemaju perumahan tersebut
  • Isi Kod Pemaju dan Fasa Projek (cth: 1234-1)
  • Pilih senarai Kod Pemaju mengikut projek perumahan
  • Nama Pemaju, No. Lesen dan Nama Projek akan dijana secara automatik
Apakah maksud dengan kod #003-1?
  • Kod ini bermaksud anda TIDAK LAYAK untuk memohon kerana  PASANGAN atau TANGGUNGAN yang didaftarkan di Profil Pengguna telah membuat permohonan Skim/Program Perumahan yang ditawarkan di SPRN.