Laman ini berfungsi lebih baik dengan pengaktifan Javascript. Oleh itu, sila aktifkan Javascript di tetapan layar anda. Terima kasih.
SPRN
Sila tunggu sebentar. Data anda sedang diproses. Terima kasih.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DIMILIKI (PPR Dimiliki)

 

MAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  

 

 

LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. 

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).  

 

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

 

Ciri-ciri PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

 

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 ​HUBUNGI KAMI

  1. Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
    - 03-8891 4052 / 4059 / 4308 / 4012

  2. Melalui emel

    - Pertanyaan Skim PPR Dimiliki: ppr@kpkt.gov.my

    - Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my


Carian Projek