Laman ini berfungsi lebih baik dengan pengaktifan Javascript. Oleh itu, sila aktifkan Javascript di tetapan layar anda. Terima kasih.
SPRN
Sila tunggu sebentar. Data anda sedang diproses. Terima kasih.

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME)

 

LATAR BELAKANG

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013. Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON SKIM MYHOME

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
  • Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2

Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.

CIRI-CIRI RUMAH MAMPU MILIK SKIM MYHOME

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut:

Jenis Harga Pasaran/ Jualan (RM) Harga Sebenar Pembeli (RM) Keluasan Minimum (kps) Pendapatan Bulanan Isi Rumah (RM)
MyHome 1 80,000-120,000 50,000-90,000 800 3,000-4,000
MyHome 1
Sabah & Sarawak
90,000-120,000 60,000-90,000 800 3,000-4,000
MyHome 1
WP Kuala Lumpur
80,000-150,000 50,000-120,000 800 3,000-4,000
MyHome 2 120,001-200,000 90,001-170,000 850 4,001-6,000
MyHome 2
Sabah & Sarawak
120,001-250,000 90,001-220,000 850 4,001-6,000
MyHome 2
WP Kuala Lumpur
150,001-300,000 120,001-270,000 850 4,001-6,000

 Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air

DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke Sistem MyHome bagi pemohon dan pasangan (jika berkenaan):

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

 ​HUBUNGI KAMI

  1. Cawangan Pengurusan Perumahan (MyHome)
    - 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062

  2. Melalui emel

    - Pertanyaan Skim MyHome: myhome@kpkt.gov.my

    - Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my


Carian Projek